Sunday, September 2, 2018


Konsep Manusiawi dalam sistem pendidikan


Semalam waktu tengah late night supper with my wife, kami berbincang mengenai masa depan dan perancangan pendidikan anak sulung kami. Apabila berbincang mengenai untuk memilih pendidikan yang terbaik pada saat ini, tersentuh mengenai isu “M” keempat yang cuba diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan  Malaysia yang baharu, YB Dr Maszlee  iaitu “Memanusiawi” (yang selainnya adalah 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira).

Konsep manusiawi yang cuba diperkenalkan oleh Dr Maszlee ini secara asasnya adalah satu anjakan paradigma kepada warga pendidik daripada hanya menumpukan kepada aspek peperiksaan, markah dan kemahiran semata-mata kepada ke arah membina manusia yang mempunyai nilai kasih sayang, keseronokan, dan rahmah dalam usaha mendidik. Selain itu, pendidikan yang berteraskan manusiawi ini membantu pelajar untuk mempersiapkan dirinya unutk masa hadapan dan menyempurnakan dirinya sebagai manusia secara menyeluruh daripada aspek intelek, fizikal, jasmani dan rohani.

Pada pandangan peribadi saya, sekiranya kita meneliti falsafah pendidikan kebangsaan dan kurikulum sedia ada, konsep yang disebutkan ini telah sedia wujud dalam kamus warga pendidik. Sebagai seorang guru, kita mesti pernah didedahkan dengan konsep kemenjadian murid yang menjadi kayu ukur kepada pencapaian murid dalam persekolahan. Selain daripada itu sebelum ini, kita juga diperkenalkan dengan istilah modal insan yang menekankan aspek dalaman individu untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Tambahan dalam penilaian pelajar sekolah, aras yang paling tinggi untuk penilaian kepada seorang pelajar adalah apabila dia mampu untuk menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain dalam amalan positif yang telah dipraktikkan.

Persoalannya adalah kenapa konsep-konsep yang universal dan kolektif ini masih tidak mampu lagi untuk membentuk personaliti pelajar seperti yang kita kehendaki? Di manakah tempangnya sistem pendidikan kita? Adakah dengan pendekatan yang baharu ini mampu mendekatkan jurang dan mengisi kelompongan dalam sistem pendidikan kita?

Bersambung…..


UsKA Liverpool 

02092018

Saturday, September 1, 2018

Assalamualaikum.... Test... 1..2..3... Alhamdulillah.... laman blog masih hidup walaupun dah diselubungi sarang lelabah... InsyaAllah... Saya akan cuba untuk nak aktifkan balik laman web ni dari semasa ke semasa untuk tatapan personal dan kawan-kawan... Sama-sama doakan... US KA Liverpool 01.09.2018

Wednesday, October 1, 2014

Contoh Soalan Percubaan Bahasa Arab SPM 2014

https://www.scribd.com/doc/241666996/Percubaan-SPM-BA-2014-k1-SMA-AL-MAAD-PERLIS https://www.scribd.com/doc/241667002/Percubaan-SPM-BA-2014-k2-SMA-AL-MAAD-PERLIS

Sunday, January 19, 2014

SALAM CHROME BOOK

Assalamualaikum... Catat sejarah pada kali ini, kelas 5 Adam 2014, Kelas pertama guna Chrome book... Dah bertahun-tahun tak buka blog ni... pada tahun ini KPM pula yg minta untuk gunakan blog VLE FROG... mudah-mudahan dapat digunakan sebaik mungkin.. Selamat belajar anak-anak pelajar sekalian.... Wassalam..

Monday, March 15, 2010

Halangan-halangan Dakwah

Kehidupan pasti menemukan manusia dengan pelbagai ujian dan rintangan. Malahan dalam kehidupan , seorang muslim sememangnya yakin bahawa mereka pasti akan menempuh halangan-halangan dan uijian-ujian. Ini adalah kerana mereka memahami tujuan kehidupan manusia di atas muka bumi sebagaimana Firman Allah :

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا امنا وهم لا يفتنون

Maksudnya : " Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan bahawa mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan apa-apa ujian ?"
( Surah al Ankabut : 2 )

Sabda Rasulullah ( S.A.W.) ( Muslim, Kitab al Jannah, 5049 ) :

حفت الجنة بالمكاره وحفت النار بالشهوات

Maksudnya : " Sesungguhnya syurga dihampari dengan kesusahan dan neraka dihamparkan dengan nafsu syahwat ".

Oleh yang demikian ujian dan halangan adalah merupakan sebahagian daripada kehidupan atau merupakan sunnah Allah yang tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun dalam usaha untuk menangani halangan ini Allah S.W.T. telahpun meletakkan garis panduan yang cukup sempurna yang perlu difahami oleh umat manusia. Kegagalan untuk memahami dan mengamalkan segala petunjuk yang telah digariskan Allah akan membawa manusia ke lembah kehancuran. Antara halangan yang dapat kita kenal pasti ialah sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W. :

المؤمن بين خمس شدائد : مؤمن يحسده ، منافق بيغضه ، وكافر يقاتله ، وشيطان يضله ، ونفس تنازعه

Maksudnya : " Seorang mukmin terpaksa mengharungi 5 halangan utama : iaitu golongan yang hasad dengki kepadanya , golongan munafik yang memarahinya , golongan kafir yang memeranginya , syaitan yang ingin menyesatkannya dan hawa nafsu yang menyentapnya.

2. DAKWAH DAN HALANGAN

Para pendakwah berdepan dengan beberapa halangan besar, antaranya ialah :

2.1 Halangan Diri dan Nafsu

Antara halangan yang paling berat dan mengancam kepada penerusan dakwah ialah ancaman dalaman individu dai’ itu sendiri yang berupa nafsu dan kejahilan. Runtunan nafsu tidak tertanggung oleh mereka yang lemah imannya atau golongan yang tidak mengetahui dengan pasti tujuan kewujudannya di atas muka bumi ini. Oleh yang demikian benarlah sebagaimana Firman Allah :

وما أبرئ نفسي إن النفس لأمارة بالسوء إلا ما رحم ربي إن ربي غفور رحيم

Maksudnya : " Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku : sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku ( maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu ). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ".
( Surah Yusuf : 53 )

Nafsu adalah suatu alat pemangkin yang amat berkaliber dalam melakukan nsesuatu tindakan sama ada baik atau buruk berdasarkan kepada siapa yang dapat mengawalnya sama ada tarikan iman atau tarikan syaitan . ( Sulaiman Ibrahim : 2001, 327 )
Firman Allah S.W.T. :

ونفس وما سواها فألهمها فجورها وتقواها قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها

Maksudnya : " Demi diri manusia dan apa-apa yang Dia telah sempurnakan kejadiannya ( dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaan ) , lalu Dia mengilhamkannya ( nafsu itu ) jalan yang membawa kepada kejahatan , dan yang membawanya kepada bertakwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikannya ( nafsu itu ) dan sesungguhnya hampalah orang yang mengotorinya ( nafsu itu )".
( Surah al Syams : 7 – 10 )

Maka menjadi kerugian kepada setiap individu yang melalaikan nafsunya daripada amalan yang boleh membawanya kepada keimanan. Dan nafsu itu bersemi di dalam hati setiap manusia, maka sesiapa yang mampu menjaga hatinya maka ia telah berjaya menjaga nafsunya.

Jenis-jenis Halangan Jiwa

Antara halangan-halangan yang terkumpul pada jiwa ialah :

Hasad dengki
Ego dan bongkak
Kagum dengan diri sendiri
Sombong
Asas-asas Penjagaan Hati
Berzikir kepada Allah setiap tempat dan ketika.
Mengingati Bahawa Allah sentiasa memerhati kita
Mujahadah nafsu ; jaga makan , minum, kata-kata , sabar dan lain-lain.

2.2 Halangan Biah dan Situasi

Persekitaran atau biah adalah antara halangan yang dapat mempengaruhi kehidupan seseorang individu secara langsung dan amat parah kesannya. Persekitaran yang rosak atau adapt istiadat yang rosak yang telah bersemi di dalam kehidupan masyarakat menjadikan ianya satu halangan yang kadang-kadang menyebabkan ramai para daie yang turut musnah bersamanya. Ia berlaku dalam semua aspek kehidupan sama ada dari aspek agama , akhlak , moral , upacara-upacara , adapt dan sebagainya. Situasi inilah yang paling berat dihadapi oleh para Nabi dan Rasul kerana kebenaran dilihat sebagai musuh utama kepada mereka.

Firman Allah S.W.T. :

وإذا تتلى عليهم آياتنا بينات قالوا ما هذا إلا رجل يريد أن يصدكم عما كان يعيد آباؤكم وقالوا ما هذا إلا إفك مفترى وقال الذين كفروا للحق لما جاءهم إن هذا إلا سحر مبين

Maksudnya : " Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nayata , berkatalah mereka ( sesama sendiri ) : " Orang ini ( Muhammad ) tidak lain hanyalah seorang lelaki yang hendak menghalang kamu daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kamu " ; dan mereka berkata lagi : ( Al-Quran ) ini tidak lain hanyalah kata-kata dusta yang direka-reka ": dan berkatalah orang-orang yang kafir terhadap kebenaran ketika datangnya kepada mereka : " ini tidak lain hanyalah sihir yang terang nyata ".
( Surah Saba : 43 )

Halangan biah adalah lebih kepada cara hidup masyarakat seharian iaitu dari aspek kebudayaan , pakaian , perkahwinan dan keagamaan.

Firman Allah :

قالوا أجئتنا لنعبد الله وحده ونذر ما كان يعبد آباؤنا فأتنا بما تعدنا إن كنت من الصادقين

Maksudnya : " Mereka berkata : Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata , dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami ? ( Kami tidak akan menurut ) maka datanglah azab yang engkau janjikan kepada kami , jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
( Surah al- A’raf : 70 )

2.3 Halangan Keluarga , Anak , Isteri dan Kebendaan

Kaum keluarga , anak dan isteri adalah antara halangan-halangan yang boleh memesongkan seseorang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab kepada Allah. Walaupun ia adalah tanggungjawab yang perlu disempurnakan oleh seseorang tetapi hendaklah ianya tidak melalaikannya daripada Allah.

Firman Allah :

يا أيها الذين آمنوا لا تلهكم أموالكم ولا أولادكم عن ذكر الله ومن يفعل ذلك فأولئك هم الخاسرون

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman ! Jaganlah kamu dilalaikan oleh( urusan ) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah ( dengan menjalankan perintah Nya ). Dan ( ingatlah ) sesiapa yang melakukan demikian , maka mereka itulah orang-orang yang rugi ".
( Surah al- Munafiqun : 9 )

Malahan dalam ayat yang lain Allah menyifatkan anak isteri terkadang boleh menjadi musuh kepada dakwah Allah.

Firman Allah :

يا أيها الذين آمنوا إن من أزواجكم وأولادكم عدوا لكم فاحذزوهم وإن تعفوا وتصفحوا وتغفروا فإن الله غفور رحيم

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu : oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka ( maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu ) , kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
( Surah al Taghabun : 14 )

Kisah As Syahid Hassan Al Banna - Pengasas Ikhwan Muslimin di Mesir

Syeikh Hasan Al-Banna dilahirkan pada tahun 1906, yang dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat. Dengan asuhan secara Islam itulah maka ia boleh berkata: “Hanya Islamlah ayah kandungku.” Hal itu kerana rasa cintanya terhadap ajaran Islam, kerana ajaran itulah yang membentuk watak dan keperibadiannya.

Ayah kandungnya sendiri adalah Syeikh Ahmad Abdurrahman yang lebih terkenal dengan panggilan as-Sa’ati, atau si tukang jam.

Hasan Al-Banna hafal 30 Juz kitab suci Al-Quran, padahal umur beliau pada saat itu baru 20 tahun. Ketika umur yang sekian itu beliau berhasil menginsafkan Syeikh Abdul Wahab Jandrawy, Pemimpin (Syeikh) Al-Azhar University yang mempunyai pengaruh besar pada segenap lapisan masyarakat dan mempunyai hubungan yang akrab dengan berbagai pihak.

Namun Syeikh yang banyak ilmunya itu tidak mempunyai roh jihad membela rakyat dan Islam dari kezaliman Raja Farouk dan penjajah Inggeris. Kecuali Syeikh Jandrawy ini adalah seorang pemimpin Sufi yang mempunyai banyak pengikut setiap malam berzikir dan berselawat dengan nyanyian-nyanyian khusus ahli Thariqat, tetapi mereka tidak mengerti sama sekali bahawa mereka itu terkurung oleh suasana yang diliputi kejahilan dan kejumudan umat. Mereka jauh dari semangat dan keagungan Islam kerana suasana kemunduran umat yang membelenggu.

Pada tahun 1927, ketika Hasan Al-Banna baru berusia 21 tahun, beliau telah lulus dari Perguruan Darul Ulum Mesir, beliau terus mengajar di Ismailiyah. Di Ismailiyah beliau semakin mengerti suasana rakyat Mesir yang telah sempurna rosaknya. Amat nyata perbezaannya antara kehidupan bangsa Mesir yang menjadi pekerja kasar dengan rumah serta perkampungan yang buruk; dengan kehidupan orang-orang kulit putih yang menempati gedung-gedung megah dengan segala keangkuhannya. Kecuali kemiskinan dan kebodohan, rakyat juga banyak yang rosak moralnya kerana pengaruh kehidupan Barat yang sengaja direka oleh kaum penjajah untuk menghancurkan rakyat Mesir dari segi yang lain.

Dalam suasana yang demikian itulah Hasan Al-Banna mendirikan suatu jemaah yang dinamakan “Al-lkhwanul Muslimin” (Persaudaraan orang-orang Muslim) pada bulan Dzul Kaedah 1347 Hijrah (Mac 1928) yang bertujuan untuk mewujudkan cita-cita Sayid Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Semangat kedua beliau itulah sebagai rantai yang menyambung kepada cita yang diinginkan oleh Hasan Al-Banna beserta kawan kawannya di dalam membentuk organisasi tersebut.

Adapun khiththah gerakan lkhwanul Muslimin yang menuju cita yang diredhai Allah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu melalui tahapan yakni:
1. Membentuk peribadi Muslim
2. Membentuk rumahtangga dan keluarga Islam
3. Cara hidup kampung Islam
4. Menuju kepada negeri Islam
5. Menuju kepada pemerintahan Islam.

Gerak Ikhwanul Muslimin meliputi segala bidang dakwah, mulai pendidikan terhadap anak-anak, pelajaran Al-Quran bagi orang dewasa, pendidikan keluarga, bidang sosial walaupun nampaknya sederhana sekalipun, dari kampung-kampung sampai kepada Universiti di kampus-kampus, mulai artikel sampai penerbitan buku dan majalah-majalah, sampai kepada urusan politik dalam amar makruf nahi mungkar, dan sebagainya.

Sampai kepada Muktamar Ikhwanul Muslimin yang ketiga tahun 1934, tampak tokoh-tokoh intelektual dan para ulama terkenal yang menjadi anggota dan pendukung Ikhwan, seperti Syekh Thanthawi Jauhari, seorang ahli tafsir terkenal dan Guru Besar. Kemudian Sayid Quthub, Dr. Abdul Qadir Audah, seorang Hakim terkenal, dan juga Dr. Hasan Al-Hadlaiby, dan sebagainya.

Syeikh Hasan Al-Banna bersama kawan-kawannya tidak mampu berdiam diri menghadapi kekuasaan Raja Farouk yang telah tenggelam dalam kemabukan, rasuah, dan sewenang-wenang. Perbezaan pendapat, perselisihan, dan akhirnya pertentangan dengan penguasa yang aniaya dan dibantu oleh kekejaman penjajah Inggeris tidak dapat dihindarkan.

Tentu saja penyokong Kerajaan bekerja keras untuk dapat mengawasi gerak-geri para anggota Ikhwanul Muslimin. Kaum Imperialis Inggeris pula di dalam mencelakakan Ikhwanul Muslimin mempunyai peranan yang sangat besar.

Akhirnya pada pagi hari tanggal 13 Februari 1949 beliau memanggil puteranya. Kemudian beliau bercerita kepada puteranya itu bahawa semalam beliau bermimpi merasa dikunjungi Sayyidina Ali bin Abi Thalib. Ali bin Abi Thalib berkata kepada beliau: “Wahai Hasan, kamu telah menunaikan kewajipan, semoga amalmu diterima oleh Allah.”
Kemudian pada petang harinya, beliau meninggalkan rumah bersama kawan-kawan seperjuangan pergi menunaikan tugas. Tiba-tiba beliau di tembak oleh seorang anggota Polis kakitangan Raja Farouk, dan tersungkurlah beliau di tepi jalan Kairo, dan beliau menemui syahidnya setelah sampai di hospital.

Beliau meninggal dunia kerana ditembak di pinggir jalan raya, dan tidak diketahui siapa pembunuhnya. Bahkan pembunuhnya mendapat hadiah dari Raja Farouk.

Jenazah beliau hanya disolatkan oleh ayah beliau sebagai Imam dan anak lelaki beliau sebagai makmum. Hanya dua orang. Kerana di sekeliling rumah beliau dijaga ketat oleh askar negara untuk melarang siapapun masuk rumahnya memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

Friday, March 12, 2010